Siapa di belakang Sisters in Islam?

Siang tadi semasa sesi perbahasan Perhimpunan Agung Umno, seorang perwakilan dari Pulau Pinang, Shahbudin Yahya telah mendedahkan darihal komplot beberapa NGO yang bergerak sehingga mengancam kedudukan Islam dalam negara.
Antara NGO yang didedahkan oleh wakil Umno Pulalu Pinang itu adalah:
Pusat KOMAS, Sisters in Islam dan Penang Global Ethics Project
Menurut wakil Umno itu lagi NGO-NGO ini mendapat sokongan daripada sebuah badan antarabangsa iaitu Konrad Adenauer Foundation yang mempunyai pejabat cawangan di sini.
Shahbudin telah menunjukkan kepada para perwakilan beberapa produk badan ini termasuklah buku dan VCD yang katanya mempromosi konsep liberalisma dan pluralisma dalam beragama. Kata beliau ini bermakna Malaysia sekarang menerima ancaman terhadap kestabilan Islam bukan hanya dari dalam (iaitu kalangan orang-orang Melayu Islam sendiri) tetapi juga melalui kerjasama sistematik dari badan-badan luar.
Kata beliau lagi Sisters in Islam contohnya selama ini menumpukan kegiatannya kepada melemahkan sistem kehakiman mahkamah syariah bagi menimbulkan keraguan di kalangan masyrakat Islam agar menolak sistem kehakima syariah.
Sesungguhnya protes terhadap tindak-tanduk Sisters in Islam ini telah lama disuarakan oleh badan-badan dan gerakan Islam, tetapi tidak diberi perhatian oleh mana-mana pihak. Malahan penubuhan apa yang dikatakan IFC itu pun menerima sokongan dan galakan kuat dari SIS.
Cumanya apa yang wakil Pulau Pinang itu tidak sedar adalah apabila beliau mendedahkan darihal kegiatan SIS ini beliau menyinggung dua orang besar dalam Dewan Merdeka PWTC itu iaitu Presiden partinya serta Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia.
Kenapa?
Kerana anak dan isteri mereka iaitu Nori Abdullah adalah seorang aktivis SIS. Beliau sering mengikuti program, anjuran SIS. Kalau benar SIS mengancam kestabilan Islam maka Menteri Keselamatan Dalam Negeri perlu menyiasat, barangkali SIS lebih merbahaya dari KMM dan Nori pula lebih merbahaya dari Nik Adli?!!
Sebagai bukti kuatnya hubungan antara Nori dan SIS terutama terajunya Zainah Anwar berikut saya perturunkan sedutan dari sebuah artikel yang terbit dalam THE NEW YORK TIMES pada 19 Febuari 2006 lalu:

A model progressive Muslim country, Ms. Zainah observed, cannot show the world that it makes laws that discriminate against women and that allows its religious authorities to snatch away the body of a dead man from his grieving Hindu family.
As Ms. Zainah, a graduate of the Fletcher School of Law and Diplomacy at Tufts University, goes into battle, she holds some formidable cards. Chief among them are candor, not caring what others think and a refusal to be intimidated. She has not married, and said, I dont want to be a slave to a man.
Another advantage: Ms. Zainah is close to two progressive women with powerful connections, Marina Mahathir, the daughter of the former prime minister, and Nori Abdullah, the daughter of the current prime minister. He gets an earful from her, Ms. Zainah said, referring to Mr. Abdullah and his daughter.

Zainah dilaporkan menyebut bahawa Abdullah (Perdana Menteri) akan mendengar cakap Nori dan Zainah mempunyai hubungan rapat dengan Nori!
Saya tidak pasti tetapi semasa ucapan penggulungan Dollah lewat petang tadi saya tidak pula mendengar Abdullah menyentuh atau mengulas isu ini, bermakna luahan hati wakil Pulau Pinang itu yang lebih dari 10 minit tidak mendapat perhatian Presiden dan pimpinan parti.
Sementara itu memandangkan nama Konrad-Adenauer Foundation ini telah pun disebut saya fikir eloklah pihak Kementerian Keselamatan dalam Negeri dan mungkin JAKIM juga tinjau-tinjau sedikit aktivitinya. Untuk rekod, Timbalan Perdana Menteri pun pernah sebelum ini memberi ucap utama dalam sebuah forum anjuran badan yang berpusat di Jerman ini.
Kalau kita lihat badan ini turut menerbitkan beberapa buku berkenaan Islam dalam bahasa Melayu yang saya tidak pasti adakah JAKIM dan pihak yang berwajib maklum ataupun tidak, antaranya berjudul:

Makalah Penentu Tentang Hubungan Antara Syariah Dengan Falsafah,
Demokrasi dalam Al-Quran, Hadis, & Tradisi,
Islam Tunduk Menyerah

Saya mengambil inisiatif untuk menulis berkenaan SIS dan KAF ini kerana ianya dibangkitkan oleh wakil Umno dalam Perhimpunan Agung Umno. Kiranya dibangkit oleh wakil NGO Islam atau PAS sudah pasti ianya tidak perlu diberi perhatian, tetapi ini dibongkar oleh forum tertinggi dalam Umno, takkanlah pihak berkuasa TUTUP SEBELAH MATA juga?!
Kalau benar Umno serius dalam memelihara Islam, segeralah bertindak dengan menyaisat badan-badan ini tanpa prejudis.
MalaysiaToday: KAF and SIS under fire

Saluran Alternatif Anda WTV8 di http://wtv8. tv
Protes sampai turun!
Sila kunjungi blog ROSLAN SMS:   http://n32.blogspot .com/
Saksikan WTV8 di http://wtv8. tv Saluran Alternatif Anda
Oleh Roslan sms – 17.11.2006 (suntingan M@RHAEN: marhaen@gmail. com/ reformasi@gmail. com)

Advertisements